Followers

Friday, October 30, 2009

Belia 4B Sinar Jaya Kg Pelet bantu di Jogaton SK Seri Penanti


senamrobik dilakukan sebelum memulakan larian jogaton


Sek Keb Seri Penanti telah menganjurkan pertandingan jogaton pada 31 Oktober 2009 bagi mengumpul sumbangan untuk tabung PIBG sekolah . Larian jogaton ini terbuka kepada pelajar sekolah ,guru-guru dan juga waris pelajar .

Gerakan Belia 4B Cawangan Sinar Jaya Kg Pelet juga membantu pihak sekolah dan PIBG dalam jogaton ini dengan bertugas sebagai marshall di checkpoint di setiap laluan .



pelajar lelaki kategori tahun 4,5 ,6 melalui laluan checkpoint




aktiviti senamrobik




menjamu selera jamuan yang disediakan pihak sekolah




Marshall Jogaton dari Gerakan Belia 4B Sinar Jaya Kg Pelet

Thursday, October 29, 2009

Kem Belia Ideal

Anjuran : KEMAS & Gerakan Belia 4B Kawasan permatang Pauh

Tarikh : 13 -15 November 2009

Tempat : Bendang Man ,Sik , Kedah Darul Aman

Tarikh Tutup penyertaan : 8 November 2009

Maklumat Lanjut

Sdr Amiruddin ( 016-4541902 ) , Sdr Hilmi ( 012-4419921) , Sdri Noranizawati ( 017-4332566)

Kejohanan Futsal Challenge 1 Belia 1 Malaysia 2009


Anjuran : Kelab Rakan Muda Bukit Mertajam & Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh

Tarikh : 15/11 /2009 ( Ahad)

Tempat : Safira Sport club Sbrg Jaya

Jam : 8.00 pagi

Tarikh Tutup : 8/11/2009

Sila Hubungi : Sdr Amir ( 016-4541902 )

Salam 1 Belia 1 Malaysia


Selamat Datang ke Blog Rasmi Gerakan Belia 4B Permatang Pauh

Bersyukur ke hadrat illahi , akhirnya menerusi usaha unit Media Gerakan Belia 4B Prmtg Pauh ,sebuah blog Gerakan Belia 4B Permatang Pauh ditubuhkan bagi menyampaikan maklumat mengenai aktiviti belia dan perkembangan semasa pertubuhan belia ini.

Kami mengalu-alukan rakan-rakan belia , facebook dan pembaca internet di alam maya ini terutama di Prmtg Pauh bersama kami dengan pelbagai aktiviti yang diadakan khusus untuk manfaat golongan belia yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara.

Kami juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan bagi memperbaiki kelemahan di dalam blog ini supaya akan memberi lebih manfaat lagi kepada semua ahli di masa hadapan.

Sekian,terima kasih.

Bersatu Berlajar Berkerja Berkhidmat

Unit Media Gerakan Belia 4B Permatang Pauh

http : belia4bpermatangpauh.blogspot.com

Popular Posts