Followers

Sunday, March 14, 2010

Konvoi Jelajah Visi Jelas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh


Gaya Mutu Keunggulan
Ketua Konvoi Visi Jelas , Zaidi Mohd Said bersama pasukan konvoi tiba
di rumah kenduri Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh

konvoi disambut oleh AJK kenduri

menjamu selera di kenduri Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh

konvoi di Taman Pauh iaitu destinasi terakhir
penyampaian sumbangan kepada warga emas

Sdr Zaidi mengumumkan program konvoi Pemuda UMNO Prmtg Pauh
akan diteruskan lagi pada masa akan datang berikutan sambutan
menggalakkan dari golongan muda
konvoi tiba di Kg Tok Sardon

penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung yang kurang bernasib baik
oleh Pemuda UMNO Prmtg Pauh

Pengerusi GB4B Prmtg pauh Sdr Amiruddin sebagai Marshall konvoi Visi Jelas
bersarapan pagi nasi lemak dan teh tarik di Kg Guar Jering



konvoi Visi Jelas tiba di Kg Guar Jering

konvoi bermula menuju Kg Guar Jering
taklimat ringkas oleh Ketua Konvoi iaitu KP UMNO Prmtg Pauh Sdr Zaidi Mohd Said

semua peserta konvoi berkumpul

Pada 13hb Mac 2010 lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh menganjurkan program Konvoi Jelajah Visi Jelas yang bermula jam 9.00 pagi bertempat di tapak pasar malam Ampang Jajar berhampiran Taman Arowana . Gerakan Belia 4B Permatang Pauh juga turut serta menyertai program yang disertai lebih 100 orang golongan muda dari sekitar Permatang Pauh . Konvoi yang diketuai oleh Sdr Mohd Zaidi Mohd Said selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Prmtg Pauh juga turut dibantu oleh pihak Polis dari IPD Sbrg Perai Tengah yang mengawal trafik .

Konvoi yang bermula dari Ampang Jajar ini bergerak ke destinasi pertama iaitu Kg Guar Jering yang terletak di Dun Penanti . Semua peserta bersarapan pagi di sini yang disediakan oleh UMNO Cawangan Kg Guar Jering . Selain itu, Pemuda UMNO Prmtg Pauh juga turut sama memberikan sumbangan kepada penduduk kampung yang kurang bernasib baik yang disampaikan oleh Tuan Hj Rahim Hj Man selaku Penyelaras BN Dun Penanti .

Selepas itu konvoi Visi Jelas ini terus ke destinasi ke 2 iaitu di Kg Tok Sardon yang terletak di Ara Kuda juga dalam kawasan Dun Penanti. Di kampung ini juga, sumbangan oleh Pemuda UMNO Prmtg Pauh juga diberikan kepada penduduk kampung .Kemudian Konvoi ini terus menuju ke destinasi terkahir iaitu di rumah kenduri kahwin anak kepada Ketua Umno Bahagian Dato' Abdul Jalil bin Abdul Majid terletak di Taman Pauh .


Unit Media GB4B Permatang Pauh
Taman Pauh Jaya

No comments:

Post a Comment

Popular Posts