Followers
Saturday, March 20, 2010
MBM bantah penubuhan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan
BUKIT MERTAJAM 16 Mac - Majlis Belia Malaysia (MBM) membantah cadangan penubuhan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan kerana ia dilihat bertindih dengan fungsinya sebagai badan induk pengurusan belia.
Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, penubuhan majlis itu oleh Kementerian Belia dan Sukan juga tidak selari dengan peranan MBM yang diiktiraf kerajaan dalam menjalankan aktiviti belia secara sukarela.
Menurutnya, Rakan Muda ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai program gaya hidup yang bermatlamat mengatasi masalah lepak di kalangan belia yang tidak gemar menyertai persatuan-persatuan tertentu.
''Bagaimanapun, selepas 16 tahun penubuhannya, ia tidak relevan untuk didaftarkan sebagai satu entiti baru kepada belia kerana kita sudah ada MBM yang telah wujud sejak 62 tahun lalu.
''Kita tak mahu ada konflik di kalangan pemimpin belia sekiranya wujud dua entiti untuk belia selain menimbulkan masalah di kalangan ahli belia sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Citra Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini yang disertai 150 pelajar dari tujuh buah sekolah sekitar negeri ini.
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini mengumumkan hasrat untuk menubuhkan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan dan dijangka dilancarkan secara rasmi selepas sambutan Hari Belia pada 31 Mei nanti.
Sebelum ini penubuhan majlis perundingan itu turut dibantah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendakwa ia tidak selari dengan aspirasi bagi melahirkan aktivis belia yang berjiwa sukarela.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Borang kursus Jangan lepaskan!!! Terbuka kepada ahli-ahli Belia dan Beliawanis 4B dan belia2 Permatang Pauh .
-
Para Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan Pensyarah UMK menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Ge...
-
Bergambar kenangan Sdr Amir nampaknya sedang rehat sebentar jamuan tengahari Pada 21 Feb 2010 lepas , sa...
-
GB4B Malaysia bersama Pemuda UMNO dan NGO lain membuat bantahan insiden membakar Jalur Gemilang di kedutaan Malaysia di Indonesia . Pemuda U...
-
Tahniah diucapkan kepada 2 orang Exco Belia 4B Negeri Pulau Pinang dari Kawasan Permatang Pauh kerana telah dilantik menjadi pengerusi un...
-
Pada : 24 Januari 2010 ( Ahad ) Tempat: Perkarangan Dewan orang ramai Taman Baru , Seberang Jaya Jam : 9.00 pagi - 2 .00 pet...
-
Mai lah daftar mengundi adik-adik !! GB4B Permatang Pauh sedia membantu anda !! nasib baik ada kempen kat sini ..selama ini aku tak ...
No comments:
Post a Comment