Followers

Wednesday, February 24, 2010

Info Kesihatan: Bahaya kurang minum air..!


MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer. Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan.. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair(air) kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair (air) badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
Tekanan darah menurun.
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk.
Lesu pada waktu siang.
Sakit belakang.
Dehidrasi.
Sakit kepala.
Memperlahankan kadar metabolisma.
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara.
Sendi dan otot mengalami kekeringan.
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
Meningkatkan keinginan untuk makan.
Darah menjadi pekat.
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat.
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

Tuesday, February 23, 2010

Program Muda Mudi Gotong Royong dan Mengecat di Masjid Papan Kg Pertama

Bergambar kenangan
















Sdr Amir nampaknya sedang rehat sebentar
jamuan tengahari

Pada 21 Feb 2010 lepas , satu program Muda Mudi Gotong Royong Mengecat Masjid Papan Kg Pertama telah diadakan oleh Qariah Masjid Papan Kg Pertama dan Pusat Khidmat YB Arif Shah serta kerjasama GB4B Kg Pertama, AJK GB4B Kaw Pmtg Pauh dan juga pelajar-pelajar dari UiTM (SPT) dan Politeknik Seberang Perai (SPT).

Diharapkan program ini benar-benar memberi manfaat kepada semua dan juga mampu merapatkan ukhwah di kalangan masyarakat dan muda-mudi. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dan khususnya para pelajar dari UITM dan politeknik yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program tersebut yang mulai ini.



Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Masjid Papan Kg Pertama

Sunday, February 21, 2010

Ceramah Perdana Menelusuri Sirah Kenabian

Bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul 1431H , Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang dengan kerjasama GB4B Permatang Pauh akan menganjurkan

Ceramah Perdana Menelusuri Sirah Kenabian

Tarikh : 23 /2/ 2010
Tempat : Masjid Politeknik Seberang Perai
Masa : 8.00 malam
Penceramah : Ustaz Zulhaidi , Naib Pengerusi GPMS Negeri Perak


Semua Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai -ramai



Monday, February 15, 2010

"Perkhemahan Kembara Semalam " GB4B Kg Pelet di Lata Celak


semua peserta perkhemahan Kembara Semalam di Lata Celak
bergambar kenangan sebelum pulang


Pada 14 - 15 Februari 2010 yang lepas , GB4B Sinar Jaya Kg Pelet telah menganjurkan aktiviti perkhemahan Kembara Semalam di Lata Celak , Kupang Baling. Lata Celak ini merupakan tempat peranginan terbaru di daerah Baling yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas berdekatan Kg Masjid Bukit Iboi .


Gb4B Sinar Jaya Kg Pelet dengan peserta seramai 22 orang menyertai aktiviti ini dengan dibantu oleh 3 orang pakcik dari Rela sebagai jurupandu arah . Perjalanan mendaki ke tempat perkhemahan yang terletak di kaki bukit Gunung Inas mengambil masa selama 2 jam untuk sampai sejauh 3 batu .

Antara aktiviti yang dijalankan semasa berada di dalam hutan belantara ini ialah mendaki gunung , menangkap ikan dalam sungai , memasak , membina rak barang makanan , mengumpul kayu untuk memasak dan aktiviti beriadah .

Walaupun hanya semalam sahaja aktiviti perkhemahan kembara ini , ternyata ia memberi pengalaman baru merasai berkhemah di dalam hutan sebenar dan memupuk semangat setiakawan yang jitu antara semua peserta . Pengembaraan yang melibatkan kawasan hutan simpan seperti di Hutan Simpan Gunung Inas yang mana peserta dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan juga perasaan cinta kepada alam sekeliling.






suasana malam di dalam hutan Gunung Inas

aktiviti riadah dan mandi di sungai

gotong royong masak

yeh dan mat lie sedang membuat rak untuk barang makanan


Pengerusi Gb4B Kg Pelet , Sdr Syamsuri ala John Rambo

"Nak cari kayu " merupakan aktiviti wajib bila berada dalam hutan



penat punya pasal , sardin pun sedap ..


nasi berlaukan sardin Ayam brand beserta ikan kering goreng



memasang khemah

pendakian bermula

antara orang penting aktiviti ini Sdr Hamizan


barang2 makanan untuk perkhemahan


sebelum naik mendaki ke kaki bukit Gunung Inas

taklimat sebelum masuk hutan oleh pakcik dari RELA


taklimat ringkas dari Sdr Mohamad kepada semua peserta sebelum bertolak ke Lata Celak

** Untuk melihat lagi gambar perkhemahan ini , klik di sini


Unit Media GB4B Permatang Pauh
Lata Celak ,Hutan Simpan Gunung Inas

Tuesday, February 9, 2010

Suara golongan muda jangan diperlekehkan

Membina modal insan - intelektual, kreatif dan inovatif - bukanlah mudah. Satu daripada langkahnya ialah mewujudkan iklim yang kondusif untuk pembangunan insan bersepadu di pelbagai peringkat seperti sekolah, universiti dan institusi belia.

Ketika melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) pada 27 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif. Ini bagi mewujudkan ekosistem yang mengupayakan budaya kreatif dan inovasi yang melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang.

Majoriti guru, pensyarah dan pengurus belia serta pemimpin sekolah, universiti dan institusi belia komited dengan agenda ini. Bagaimanapun, malangnya, terdapat juga keadaan-keadaan yang sebaliknya, di mana sesetengah orang muda bukan sahaja tidak disediakan dengan iklim yang kondusif itu, malahan terdapat mereka yang diperlekehkan.

Sesetengah pihak menganggap gejala memperlekeh orang muda jarang berlaku. Tetapi, oleh kerana keunggulan jarang berlaku jika dibandingkan dengan kehambaran, maka, perkara yang jarang berlaku usah dipandang ringan. Sebenarnya, ia dianggap jarang berlaku kerana ia jarang dilaporkan atau dibincangkan dengan terbuka.

Namun, jika dilihat komentar tentang hal ini dalam facebook saya, maka ia tidaklah sejarang yang dijangka. Di samping itu, sesetengah orang tidak faham akan makna memperlekeh orang muda, lalu mengatakan yang gejala ini jarang berlaku.

Gejala memperlekeh orang muda muncul dalam beberapa bentuk.

Pertama, orang muda dilemparkan dengan kata-kata kesat dan sindiran. Contoh yang berlaku di sekolah ialah, "saya tak peduli awak siapa", "budak kampung", "saya tarik balik restu saya sebagai guru", "saya makan kasut kalau awak lulus" dan "awak berdoalah sajalah".

Contoh di universiti ialah, "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus", "belum lulus universiti dah nak cakap pasal politik", "sudut pidato pasti berkubur", "awak siapa nak berhujah dengan saya? Saya profesor" dan "aku pegawai, atau engkau pegawai?"

Contoh dalam gerakan belia pula ialah, "awak pemimpin masa depan, sekarang ni jangan campur urusan kepimpinan", "kalau bukan wakil rakyat tak mampu memimpin persatuan belia" dan "idealisme tahi kucing".

Kedua, orang muda dikenakan peraturan atau hukuman yang keterlaluan. Terdapat kes pelajar sekolah yang telah pun selesai menjalani hukumannya, tetapi terus tidak dibenarkan mewakili sekolah/rumah dalam kokurikulum atau membuat persembahan pentas atau keluar ke bandar (jika di sekolah berasrama) hinggalah tamat persekolahannya. Ini bermakna beliau dihukum dua kali. Ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang termaktub dalam Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan yang menegah berlakunya "dwi-dakwaan".

Di universiti, terdapat kes mahasiswa yang dianggap bersalah (sebelum diadili), tetapi akibat tidak dapat dibuat pertuduhan kesalahan yang spesifik, maka beliau dihadapkan juga ke lembaga disiplin atas pertuduhan yang tidak munasabah seperti "menjatuhkan nama baik universiti". Justeru, tidak dapat dibayangkan sejauh manakah ketidakadilan yang berlaku sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada 2009.

Dalam gerakan belia, pernah terdapat dua buah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dinafikan hak peruntukan kewangannya semata-mata kerana berbeza pendirian dengan pemimpin atasan agensi kerajaan yang berkaitan.

Ketiga, bakat orang muda dibunuh. Terdapat pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mewakili negeri dalam sukan yang kelengkapannya tidak terdapat di sekolah, seperti squash, boling dan renang, yang ibu bapanya bersedia berbelanja sendiri untuk jurulatih dan latihan di luar, kerana memahami yang sekolah tidak mampu menyediakannya. Malangnya, sudahlah sekolah tidak menyediakan kemudahan pengangkutan, dan ibu bapa menyediakannya sendiri, pelajar berkenaan disukarkan pula mendapatkan kelulusan untuk pergi berlatih.

Terdapat idea atau program yang hendak disampaikan atau dilaksanakan oleh mahasiswa dikekang, kerana mahasiswa itu dilabelkan sebagai pembangkang. Lebih dahsyat lagi, idea atau program tersebut diberikan kepada mahasiswa lain untuk melaksanakannya. Dalam kes lain, oleh kerana tidak faham akan kepentingan sesetengah kokurikulum, seperti debat dan bola keranjang, maka, ia kurang disokong.

Terdapat idea daripada pemimpin belia yang tidak diendahkan kerana beliau tidak bergelar, berharta atau berjawatan tinggi. Anehnya, idea itu kemudiannya digunakan oleh pemimpin agensi kerajaan (yang menolak idea tersebut), tetapi tanpa sebarang pengiktirafan kepada pemimpin belia itu.

Keempat, orang muda tidak dibolehkan berbeza pendapat. Jika berbeza pendapat, pelajar tidak diberikan restu, mahasiswa dilabelkan sebagai pembangkang, manakala belia dituduh hendak tunjuk pandai.

Dan kelima, suara orang muda dinafikan. Terdapat pelajar yang telah dipilih oleh persatuannya menjadi ketua, tetapi dipaksa oleh sekolah supaya melepaskan jawatan kerana kononnya prestasi akademiknya buruk. Tetapi, syarat akademik itu tidak wujud ketika pemilihan dibuat, dan pelajar itu tidaklah buruk prestasinya. Lebih kasihan ialah pelajar itu telah pun bekerja keras mengetuai persatuannya untuk satu tempoh masa yang signifikan, termasuk berjaya mengumpulkan sejumlah besar penajaan bagi persatuan.

Terdapat mahasiswa antarabangsa yang telah dipilih menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT), tetapi dipaksa oleh IPT itu supaya melepaskannya kerana kononnya jawatan itu hanya boleh dipegang oleh mahasiswa Malaysia, sedangkan syarat itu tidak wujud.

Seorang Presiden MBM pernah dinafikan haknya berucap seperti yang sepatutnya di Perhimpunan Hari Belia Negara.

Tetapi, bukan orang muda sahaja yang berhadapan dengan gejala ini. Ada guru debat yang berjaya lima tahun berturut-turut membawa pasukannya ke pertandingan akhir, dan tiga kali menjadi johan, tetapi, bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada sekolahnya, malahan, lebih teruk lagi, beliau diberikan markah rendah dalam laporan penilaian prestasi tahunan kerana kononnya debat tidak termasuk dalam sasaran kerja tahunan.

Ada pensyarah yang menjalankan tugas hal ehwal pelajar (HEP) dengan cemerlang, tetapi tidak mendapat penilaian prestasi yang sewajarnya kerana kerja-kerja HEP tidak diiktiraf oleh ketuanya.

Ada pegawai belia yang begitu komited, yang sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tenaga, tetapi tercicir dalam pengiktirafan kepada pegawai lain yang pandai mengampu atau mempunyai talian dengan orang besar.

Gejala buruk ini mesti dihentikan segera. Oleh kerana ia berlaku di peringkat akar umbi, maka, Menteri dan pegawai tinggi sahaja tidak mampu menanganinya. Ia memerlukan keberanian sosial setiap seorang daripada kita untuk merubahnya.

Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Saturday, February 6, 2010

Tahniah Sdr Amirudin dan Hilmi dari GB4B Prmtg Pauh


Tahniah diucapkan kepada 2 orang Exco Belia 4B Negeri Pulau Pinang dari Kawasan Permatang Pauh kerana telah dilantik menjadi pengerusi untuk Gerak-Gerak di dalam 4B Negeri. Saudara Amirruddin (Pengerusi 4B Kawasan Pmtg Pauh) telah diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Gerak Sukan Negeri Pulau Pinang manakala Saudara Mohd Hilmi (Setiausaha 4B Kawasan Pmtg Pauh) telah diberi mandat oleh jawatankuasa kerja Negeri untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Gerak Media Komunikasi Negeri Pulau Pinang.

Diharap kedua-dua mereka dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin demi memartabatkan Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang. Semua ahli Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan semoga terus sukses...BERGERAK!!

Perhimpunan SEDAQ , NGO Melayu dan Islam bangkit gegarkan Komtar !!

Hari ini lebih daripada 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu “Gabungan Sedaq” yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada pemimpin diktator Lim Guan Eng di Komtar .

Himpunan ini disertai oleh lebih 3000 ribu orang Melayu dan Islam diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri. Gabungan Sedaq ini mahu menyerahkan memorandum ini sendiri kepada Guan Eng tetapi oleh kerana belia enggan berjumpa , mereka membakar kertas memorandum beserta patung yang diletakkan gambar Guan Eng lalu dibakar di jalan berhampiran Komtar .









patung replika pemimpin diktator ini ketika hendak di bakar


Memorandum NGO Melayu dan Islam


keadaan di dalam Komtar kecoh , Guan Eng tidak mahu turun menerima memorandum dengan alasan sibuk





portal rasis Malaysiakini seperti biasa melaporkan di dalam artikelnya hanya 300 orang sahaja
yang sertai himpunan tetapi sebenarnya lebih 3000 orang Melayu yang hadir menentang
diktator komunis Guan Eng !!







kemuncak himpunan - patung replika guan engdiktator dibakar beserta memorandum yang
gagal diserahkan kepada beliau yang takutturun berdepan dengan orang Melayu



orang ramai di sekitar Komtar melihat perhimpunan


orang melayu yang hadir mendengar ucapan pemimpin NGO2 Melayu di himpunan Sedaq



ribuan orang Melayu yang hadir sedang mendengar ucapan pemimpin NGO di ruang legar Komtar



Datuk Ibrahim Ali kesal Guan Eng takut turun ke bawah menerima memorandum


Presiden GPMS Malaysia , Sdr Jais memberi semangat kepada semua yang hadir



kakitangan kerajaan negeri juga turun melihat himpunan SEDAQ yang menentang penindasan Guan Eng terhadap peniaga Melayu








perarakan menuju ke Komtar




pemimpin NGO yang menghadiri perhimpunan SEDAQ berdepan sekatan oleh polis untuk bergerak memasuki Komtar



Datuk Ibrahim Ali ,pejuang Melayu tulen dan berani



Datuk Ibrahim Ali , Presiden Perkasa Malaysia menyampaikan
ceramah pidatonya untuk memberi semangat dan kesedaran kepada
orang Melayu yang hadir ke mengenai penindasan Guan Eng terhadap
peniaga2 Melayu

jam 2.15 petang

bermulanya perhimpunan SEDAQ


orang ramai sudah mula berkumpul di tepi Jalan Macalister untuk menyertai perhimpunan SEDAQ



jemaah selesai menunaikan solat jumaat




Jam 2.00 petang


Masjid Simpang 6 , Komtar menjadi saksi tempatperjuangan orang Melayu PP dalam perhimpunan
SEDAQ melawan kerajaan diktator Guan Eng



Boleh percaya ke banner ini ??Mana bukti nya ? yang banyak ditindas
adalah peniaga Melayu . piraah " Berani Kerana Benar "


banner ini banyak diletakan di sekitar Georgetown kononnya
menunjukkan kerajaan diktator Guan Eng prihatin kepada umat Islam



sumber : sejarahmelayu.blogspot.com

Popular Posts