Followers

Wednesday, March 31, 2010

Lawatan sambil belajar ke Parlimen dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 24 - 25 Mac



Tetamu istimewa Setiausaha Politik Menteri KPWKM , Datuk Suhaimi
Ibrahim iaitu Mantan Presiden GPMS memberi kata-kata nasihat
dan pandangan mengenai peranan belia untuk masa depan negara


Pegawai Khas Menteri KPWKM Sdr Azamudin menyampaikan
ucapan kepada semua belia yang hadir ke pejabat kementerian
di dewan pejabat KPWKM di Bangunan Tun Ismail

bergambar kenangan di Ibu pejabat Gb4B Malaysia

Sdr Hilmi selaku Ketua Rombongan menyampaikan ucapan
terima kasih kepada GB4B Malaysia menerima undangan
lawatan ini

bergambar di luar Parlimen

keadaan di pintu masuk Parlimen yang penuh sesak


dalam bas menuju ke Parlimen



Mantan TKM 1 PP , Sdr Fairus memberi nasihat dan kata-kata
semangat kepada Belia 4B meneruskan semangat perjuangan belia



untuk melihat lagi gambar lawatan ini masuk ke
sini dan sini

Tahniah dan syabas diucapkan kepada GB4B Cawangan Tanah Liat terutama Sdr Hilmi kerana berjaya menganjurkan program lawatan ke Parlimen dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Lawatan ke Parlimen , pejabat GB4B Malaysia dan kementerian banyak memberi pengalaman berguna kepada golongan belia untuk belajar sesuatu yang baru sesuai dengan slogan 4B iaitu " Belajar "


Unit Media GB4B Permatang Pauh
Ibu pejabat GB4B Malaysia ,
Bukit Persekutuan
Kuala Lumpur .

Tuesday, March 30, 2010

Pengambilan pelajar IKBN kemasukan Julai 2010



Permohonan kemasukan secara on-line sila layari :


Sebarkan iklan ini kepada golongan belia lepasan SPM yg kurang bernasib baik, belia yang tidak bekerja dan kepada sesiapa yang berada dalam lingkungan 18-30 tahun yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.. dan kepada mereka yang kurang berkemampuan utk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT..

Sila mohon segera.. tarikh tutup 18.04.2010

sumber : PBSD Sabak Bernam

Program UMNO Juara Rakyat Bulan Agensi Kerajaan
























KAMPUNG PELET 27hb Mac 2010. Satu program yang dinamakan Program Bulan Agensi Kerajaan "UMNO JUARA RAKYAT" Parlimen Permatang Pauh telah berjaya dilancarkan yang berlangsung di Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet (PPK). Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato'Seri Hj Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadziah yang merupakan Menteri Kewangan II dan juga Bendahari UMNO Malaysia. Pengerusi bagi program ini ialah Tuan Haji Abdul Rahim Man yang merupakan penyelaras kadun Penanti. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh, Datuk Hj Abdul Jalil Bin Majid, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hj Mohamad Nasir, YB Ariff Shah Bin Omar Shah, Adun Seberang Jaya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said, ketua Wanita UMNO serta Ketua-ketua Cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh.


Perbagai pameran dari Agensi Kerajaan telah mengambil bahagian antaranya PDRM,JPJ,KPDNKK,Kebajikan Masyarakat,Kemas dan SPR.Selain dari itu berbagai acara telah diatur seperti acara mewarna bagi anak-anak KEMAS serta pertandingan membuat kerabu.

sumber : penanti bangkit

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Belia Malaysia pelawa pelatih PLKN sertai belia


PDF Cetak E-mail

Active Image


Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN.


Active Image

Sekitar mesyuarat AJK Kawasan Permatang Pauh Februari 2010







Program Bulan Agensi Kerajaan UMNO Juara Rakyat Parlimen Permatang Pauh

Saturday, March 20, 2010

MBM bantah penubuhan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan


BUKIT MERTAJAM 16 Mac - Majlis Belia Malaysia (MBM) membantah cadangan penubuhan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan kerana ia dilihat bertindih dengan fungsinya sebagai badan induk pengurusan belia.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, penubuhan majlis itu oleh Kementerian Belia dan Sukan juga tidak selari dengan peranan MBM yang diiktiraf kerajaan dalam menjalankan aktiviti belia secara sukarela.

Menurutnya, Rakan Muda ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai program gaya hidup yang bermatlamat mengatasi masalah lepak di kalangan belia yang tidak gemar menyertai persatuan-persatuan tertentu.

''Bagaimanapun, selepas 16 tahun penubuhannya, ia tidak relevan untuk didaftarkan sebagai satu entiti baru kepada belia kerana kita sudah ada MBM yang telah wujud sejak 62 tahun lalu.

''Kita tak mahu ada konflik di kalangan pemimpin belia sekiranya wujud dua entiti untuk belia selain menimbulkan masalah di kalangan ahli belia sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Citra Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini yang disertai 150 pelajar dari tujuh buah sekolah sekitar negeri ini.

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini mengumumkan hasrat untuk menubuhkan Majlis Perundingan Kelab Rakan Muda Kebangsaan dan dijangka dilancarkan secara rasmi selepas sambutan Hari Belia pada 31 Mei nanti.

Sebelum ini penubuhan majlis perundingan itu turut dibantah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendakwa ia tidak selari dengan aspirasi bagi melahirkan aktivis belia yang berjiwa sukarela.

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431 H di Masjid Jamek Kg Pelet








Pada 14 Mac 2010 yang lepas, Kementerian Luar Bandar & Wilayah telah menganjurkan Forum Perdana Modal Insan " Ilmu Penyuluh Akal , Adab Cahaya Amal " bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul 1431H untuk peringkat negeri Pulau Pinang di Masjid Jamek Kg Pelet .Selain aktiviti perarakan murid-murid Sekolah Agama Rakyat Kg Pelet , forum perdana dan jamuan tengahari pada waktu siangnya , pada malamnya juga diadakan aktiviti ceramah agama bersempena sambutan Maulidul Rasul .

Pihak GB4B Sinar Jaya Pelet juga turut tidak ketinggalan untuk sama-sama membantu pihak qaryah masjid dalam majlis ini yang dihadiri hampir semua penduduk qaryah Masjid Kg Pelet.


Unit Media Gb4B Prmtg Pauh
Masjid Jamek Kg Pelet

Popular Posts