Followers

Saturday, June 26, 2010

Mesyuarat Agung GB4B Permatang Pauh 2010



TARIKH : 4 JULAI 2010 ( SABTU )

MASA : 2.00 petang


TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM



SEMUA PERWAKILAN CAWANGAN-CAWANGAN DAN PEMERHATI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI .

Monday, June 21, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Futsal Piala Hj Malik Sharif 2009/2010


Tahniah kepada Juara Kejohanan Liga Futsal edisi 2009/2010



belia Kg Pdg Temusu


ucapan oleh En Ishak , Pengerus GDW Kg Pdg Temusu


ucapan oleh Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh
Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said

penyampaian hadiah kepada peserta

penyampaian sijil penghargaan kepada
waris Arwah Tn Hj Malik Sharif


Pada 19 June 2010 lepas, satu majlis penyampaian hadiah Kejohanan Liga Futsal Piala Hj Malik Edisi 2009 / 2010 telah diadakan di Dewan GDW Kg Padang Temusu . Kejohanan ini dianjurkan oleh GB4B Kg Pdg Temusu yang diketuai oleh Sdr Akmal Anas Bin Malik dan mendapat penyertaaan 4 pasukan dari belia Kg Pdg Temusu .

Kejohanan Futsal ini berlangsung selama 6 bulan dan ia mengikut format secara liga dan diadakan di Bola Bola Futsal di Mak Mandin . Majlis penyampaian hadiah kepada peserta disampaikan oleh penyumbang piala kejohanan iaitu Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said . Turut hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi GB4B Prmtg Pauh ,Sdr Amiruddin Hj Abd Hamid .

Syabas dan tahniah kepada GB4B Kg Pdg Temusu !!



Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Kg Pdg Temusu

Wednesday, June 16, 2010

Program ramah mesra GB4B Pulau Pinang dengan Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA )


Sdr Roslan Rahim dan Pengarah JASA En Ahmad Lotfi

sesi brainstorming yang menarik mengenai isu
semasa dan belia



Sdr Amir cukup kenyang sekali dengan
sarapan pagi nasi lemak

Pada 6 Jun 2010 yang lepas, GB4B Prmtg Pauh telah menyertai program ramah mesra GB4B Negeri PP dengan agensi kerajaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) negeri Pulau Pinang bertempat di pejabat JASA di Bandar Perda.

Melalui program pertemuan ini, GB4B Negeri PP sedikit sebanyak telah mendapat banyak maklumat mengenai peranan JASA dalam membantu GB4B PP untuk mengerakkan aktiviti belia di negeri ini .


Unit Media GB4B Prmtg Pauh
Bandar Perda.

Sunday, June 13, 2010

15,000 golongan belia hadir ke Rally 1 Malaysia


15,000 golongan belia termasuk Belia 4B hadir ke Rally 1 Malaysia
anjuran Pemuda BN










golongan belia Barisan Nasional membantah
kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk
Palestin


ikon belia Aizat menyanyikan lagu untuk rakyat
Palestin dizalimi Zionos Israel















nasi beriani percuma untuk 15,000 hadirin hadir


KUALA LUMPUR 12 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan sesekali memperkecilkan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, BN lebih tahu berbanding pembangkang bagaimana hendak membawa Malaysia untuk muncul sebuah negara berpendapatan tinggi bagi mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

“Jangan sesiapa cuba memperlekehkan Malaysia. Jangan pembangkang cuba mengutuk kita dan jangan ketua pembangkang hendak memperkecilkan kejayaan negara kita di bawah pimpinan BN.

“Kita lebih tahu apa dia (ketua pembangkang) buat. Malaysia telah berjaya, kita berjaya. Pembangkang menidakkan kita (BN) tetapi dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan mengakui negara telah bangkit,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan program Rally 1Malaysia, anjuran Pemuda BN, di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian negara, kerajaan menggunakan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu suatu pendekatan yang belum pernah dalam dunia dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh.

“Hasilnya, belum pun sampai setahun lagi kejayaan melibatkan enam NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan telah memperlihatkan hasilnya. Jadi siapa kata Malaysia tidak boleh berjaya.

“Kerajaan juga telah menggubal Model Baru Ekonomi (MBE) yang bukan sahaja bertujuan bagi melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tetapi turut berperanan membentuk bangsa Malaysia yang bertaraf antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, antara kejayaan lain yang dicapai di bawah pentadbirannya adalah, keupayaan melonjak negara untuk muncul sebagai negara ke-10 paling kompetitif berbanding tempat ke-18 sebelum ini.

Kata beliau, negara kini 13 tangga lebih baik berbanding Jepun dan tiada sebuah negara pun baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu pun Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik.

Pada masa yang sama, kata Perdana Menteri, kerajaan BN juga berjaya memulihkan semula ekonomi negara sehingga Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus.

Jelasnya, kadar pertumbuhan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia dan ia dicatatkan sewaktu negara maju lain seperti Greece masih terbeban dengan hutang, manakala, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom masih berada dalam suasana ekonomi yang tertekan.

Menyentuh mengenai belia, Najib berkata, golongan muda negara ini perlu mempunyai tiga nilai utama dalam perjuangan hidup mereka iaitu idealisme, bersemangat berani serta bertenaga agar mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Para belia kalau hendak melangkah ke hadapan perlu mempunyai idealisme, jangan ada perasaan bimbang untuk menghadapi cabaran serta harus bertenaga kerana semangat inilah yang bakal menjamin masa depan negara,” katanya.

Wednesday, June 9, 2010

Jemputan ke Rally 1Malaysia




Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO.

Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.

Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dari pelbagai kaum dalam satu konsert percuma - Sasi The Don, Yise Loo, Aizat Amdan dan Meet Uncle Hussain bakal menghiburkan para hadirin dengan sajian lagu-lagu popular mereka. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Pemuda Barisan Nasional menjemput ANDA untuk hadir pada hari Sabtu ini berbekalkan semangat 1Malaysia. Jemputlah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menjayakan himpunan raksasa ini.

Tuesday, June 1, 2010

Program Ramah Mesra Belia bersama Polis dan Pemimpin



aSdr Roslan Rahim , Pengerusi GB4B PP menyampaikan ucapan




Pengarah Jasa PP menjawab soalan yang dikemukakan
oleh belia yang hadir


Sdr Hilmi S/U 4B Permatang Pauh bertanya soalan ketika
sesi soal jawab


jamuan BBQ

klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar menarik di program ini

Popular Posts