Followers

Wednesday, February 23, 2011

Lawatan Universiti Malaysia Kelantan ke Ladang Ternakan Ayam Piru 4B Kawasan Pmtg Pauh

Para Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan
Pensyarah UMK menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Gerak Korporat 4B Pmtg Pauh
Para pelajar puas dapat merasa keenakan ayam piru yang diternak
Sdr Rafizal menerangkan cara-cara menternak ayam piru
S/U 4B Kaw. Pmtg Pauh, Sdr Hilmi serta Ketua Penerangan 4B Kaw., Sdr Suhaimi turut hadir.
Penerangan kepada pelajar dilakukan sendiri oleh Sdr Rafizal
Para pelajar khusyuk mendengar taklimat



        Pada 18 Februari 2011, para pelajar perubatan veterinar dari Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ladang ternakan ayam piru di bawah seliaan  Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh. Rombongan seramai 40 orang pelajar serta pensyarah ini sempena lawatan sambil belajar mereka ke Negeri Pulau Pinang.

       Para peserta telah didedahkan tentang cara-cara menternak ayam piru serta cara menangani wabak penyakit. Penerangan tentang penternakan ini telah diberikan sendiri oleh Saudara Rafizal Bin Yusof selaku Pengerusi Gerak Korporat 4B Kawasan Pmtg Pauh.

       Di akhir sesi lawatan, para peserta serta tetamu telah dijamu dengan hidangan ayam piru bakar dan panggang. Tahniah dan terima kasih kepada para pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan yang telah sudi hadir ke ladang ternakan ayam piru 4B Kawasan Pmtg Pauh. Moga bertemu lagi. BERGERAK!

Friday, February 18, 2011

My Balik Pulau : GB4B Permatang Pauh buat laporan polis



Pada 16 Feb 2011 , GB4B Permatang Pauh bersama 2 NGO telah membuat laporan polis  bagi meminta pihak berkuasa menyiasat  penyebaran risalah My Balik Pulau yang berunsur perkauman & menghina bangsa Melayu .




Tuesday, February 15, 2011

Kempen Daftar Pengundi GB4B Prmtg Pauh di Uptown Bandar Perda


Mai lah daftar mengundi adik-adik !!
GB4B Permatang Pauh sedia membantu anda !!



nasib baik ada kempen kat sini ..selama ini aku tak
pernah fikir nak daftar mengundi pun .

cepat & pantas . 10 minit saja ...



hilmi dok tunggu mana la orang muda lalu di sini

Nawi dekati pengundi muda ...tapi sayang bulan 9 baru cukup
umur 21 tahun .

Bro Nawi paling banyak dapat tarik pengundi baru

gantung tinggi-tinggi Nawi banner tu ..atas bumbung pun
tak pa , baru nampak sikit

tak ada orang lalu sini ..ambil gambar dulu ...


minum dulu selepas penat pi kempen ....

Tuesday, February 1, 2011

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP di Ampang Superbowl, Summit, Bukit Mertajam-23 Februari 2011


Gerak Sukan Belia 4B Permatang Pauh akan mengadakan PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP di Ampang Superbowl, Summit, Bukit Mertajam. Dengan itu semua pengerusi-pengerusi Belia 4B di Kaw Permatang Pauh supaya menghantar wakil seramai 3orang dari cawangan masing-masing. Penyertaan setiap pasukan akan dikenakan sebanyak RM30.

Borang penyertaan adalah seperti diatas-sila print.

Popular Posts