Followers

Monday, December 30, 2013

KERAJAAN HARUS DENGAR RINTIHAN RAKYAT ISU KOS SARA HIDUP



Bermula dengan kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik, tol dan kini tambang bas sekolah juga akan dinaikkan sehingga 40%. Semua kenaikan ini ternyata akan memberi implikasi yang besar kepada golongan pengguna diperingkat bawahan. Malah golongan sederhana juga dijangka selepas ini bakal menjadi golongan 'miskin bandar'.

 Persoalannya mengapakah ini semua berlaku hanya selepas kurang dari 8 bulan kerajaan Barisan Nasional(BN) kembali mendapat mandat dari rakyat? Mengapa ini semua tidak dikhabarkan kepada rakyat sebelum atau semasa kempen PRU13 rancak diadakan? Sejauh mana pihak kerajaan melihat rakyat dari persepsi mereka?

 Segala kenaikan yang terlampau ketara ini dibuat dengan pelbagai alasan klise. Kita tahu semua ini tidak dapat dimasukkan dalam manifesto kerana rakyat akan marah tetapi dengan menaikkan segala keperluan rakyat adakah kerajaan mengangap rakyat boleh dimainkan sesuka hati? Kini golongan bawahan merasakan seperti diperbodohkan.

Rakyat kini berasa seolah mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang berlagak pandai dan cuba mengajar rakyat agar belajar untuk memahami situasi semasa sedangkan dalam masa yang sama mereka di atas dilihat terus boros. Sudah lupakah mereka bahawa majoriti undi yang diberikan oleh rakyat kepada mereka adalah dari golongan bawahan dan luar bandar.

Golongan ini majoritinya merasakan nasib mereka akan terbela dan terus memberikan sokongan. Tetapi kini,dengan segala kenaikan yang mendadak maka kesan utama pastinya kepada mereka. Oh lupa, kata pihak atasan tarif elektrik ini tidak akan membebankan golongan bawahan tetapi mereka lupa bahawa majoriti rumah luar bandar sekarang ada Astro, komputer, peti ais dan lain-lain.Taraf hidup mereka bukan seperti zaman 70an lagi.

Walaupun tidak semewah orang-orang kaya di bandar besar, tapi segala keperluan ini ada di rumah mereka. Yang pastinya majoritinya bil elektrik rumah mereka akan melebihi RM80.00. Maka mereka akan terkena dengan kadar tarif yang baru!

 Kita ambil sahaja jalan mudah seperti kata pak menteri, kalau ayam naik harga, jangan makan ayam, gula naik harga, jangan makan gula kerana boleh dapat kencing manis, ,maka selepas ini harga kain juga akan naik atas faktor kenaikan segala kos jadi selepas ini orang-orang luar bandar jangan pakai kain!

 Mudahnya jadi pak menteri macam ini!! "kenaikan harga tol tidak dapat dielakkan", "tarif elektrik baru ini tidak akan membebankan rakyat", "kerajaan harap rakyat faham situasi semasa psaran harga minyak mentah yang dikawal oleh kuasa besar negara-negara pengeluar minyak", "kita tidak dapat elakkan semua ini",

"Negara menanggung kos subsidi yang banyak jadi kerajaan harus menyemak semula". Inilah ayat-ayat yang sentiasa kita dengar dari pihak atasan apabila berlaku kenaikan sesuatu barang. Tetapi apabila harga minyak mentah dunia turun, ada kerajaan maklumkan kepada rakyat? Itu belum dikira dengan beberapa lagi cadangan bodoh seperti mahu menghapuskan kereta berusia 12 tahun ke atas.

 Pelbagai saluran telah digunakan untuk menyampaikan keluhan rakyat kepada pihak atasan tetapi persoalannya sejauh mana perkara ini di ambil berat?

Adakah kerajaan yakin bahawa rakyat akan bising sementara sahaja dan lama-lama akan diam? Adakah BRIM RM1200 pada musim dekat-dekat pilihanraya akan datang bakal menjadi gula-gula lagi kepada rakyat?


 Mungkin Pak Najib lupa, Pak Lah naikkan harga minyak melampau kemudian rakyat bising maka Pak Lah beri duit untuk tanggung kos dengan pemberian RM650 untuk kereta dan RM150 untuk motor bagi setiap rakyat Malaysia yang layak. Implikasinya, dalam diam ketika PRU12 kerajaan 'megah' Pak Lah tumpas di 5 Negeri dan hilang majoriti 2/3.

 Kerana kekalahan teruk ini Pak Lah di desak meletak jawatan dan Pak Najib naik dengan harapan rakyat ketika itu bahawa Pak Najib yang mempunyai pengalaman ketika zaman kejatuhan Pak Lah kerana berada bersama Pak Lah dapat belajar sesuatu dan memperbaiki keadaaan. Kini rakyat mula mempersoalkan, benarkah Pak Najib benar-benar memahami denyut nadi rakyat kerana beliau dari kecil lahir dari golongan bangsawan.

Pernahkan beliau mengalami situasi di mana duit di dalam dompet hanya ada RM50.00 selepas membayar segala hutang dan bil dan dengan duit sebanyak itu terpaksa bertahan hampir sebulan untuk menyara anak-anak yang ramai? Benarkah rakyat menjadi keperluan utama dalam setiap keputusan rakyat?

Benarkah Pak Najib dan para menteri turut menangis dalam diam setiap kali pengumuman harga barang dibuat??? Sekadar luahan yang bakal dipandang sepi..................

 SUMBER

Wednesday, December 4, 2013

SEKITAR MESYUARAT PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B NEGERI P.PINANG


Mesyuarat Agung  GB4B Negeri P.Pinang telah diadakan pada 3 Disember 2013 yang lalu dan ia dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mesyuarat kali diadakan pemilihan barisan baru kepimpinan GB4B P.Pinang dan Mantan Pengerusi GB4B Negeri P.Pinang  Sdr Roslan Abd Rahim  tidak mempertahankan jawatannya disandangnya .

Perwakilan telah sebulat suara memilihan barisan jawatankuasa baru tanpa pertandingan dan Pengerusi GB4B Negeri P.Pinang disandang oleh Sdr Rossesarwandi dari Bayan Baru.








 barisan perwakilan Permatang Pauh 




Mantan Pengerusi GB4B Permatang Pauh ,Sdr Amiruddin menerima 
cenderahati di atas sumbangan baktinya kepada belia 4B 

Popular Posts